SBDJ Setanding Harry Potter
Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) karya Tamar Jalis mengikut kluster sastera global menyebut sebagai horror literature atau novel seram. Justeru dalam buku Horror Fiction in the 20th Century: Exploring Literature’s Most Chilling Genre karya Jess Nevins (2020: 213) mengangkat Conversations with the Jinn atau SBDJ sebagai novel seram kurun ke-20 di dunia yang pernah mencipta fenomena pada era emasnya sebaris dengan novel-novel seram dari negara Asia seperti Jepun, China dan Filipina.
Jess Nevins mengakui SBDJ sebuah karya tersohor dan siri terpanjang dalam sejarah novel Melayu malah dunia. SBDJ mengukir sejarah bersiaran dalam majalah Variasari secara berterusan selama 23 tahun lapan bulan (April 1981-Januari 2005) sebanyak 284 siri. Sejumlah 221 siri diterbitkan dalam 16 buku saku. Menurut Tamar Jalis buku tersebut banyak kali ulang cetak dan terjual melebihi sejuta naskhah manakala pada tahun 2011 diterbitkan semula dalam bentuk novel tetapi meliputi 73 siri sahaja.
Tamar Jalis adalah nama pena Mohamad Radzi bin Mahmud atau dikenali juga dalam sejarah penulisan cerpen tanah air sebagai Ahmad Mahmud kelahiran Beruas, Perak. Di samping nama pena Tamar Jalis dan Ahmad Mahmud, Mohamad Radzi juga menggunakan nama-nama samaran yang lain; Ramdhan A.M dan Atma A.M dalam penulisan novel remaja.
SBDJ terjenama dan dipersepsikan sebagai kisah hantu, jin dan makhluk halus yang melingkari kehidupan orang Melayu pada era pasca kolonialisme tetapi secara instrinsik manipulatif ia memaparkan nilai positifisme seperti mengetengahkan unsur-unsur psikologi, falsafah, petua, perubatan tradisional, mistik, keagamaan, seni persilatan, kebatinan, sejarah tempatan, geografi, pemburuan, pengembaraan di Tanah Melayu dan Sumatera serta kepakaran orang Melayu menguasai makhluk halus.
Karya ini digarap bercirikan novel dengan pendekatan penulisan memoir menerusi sudut pandangan “orang pertama” iaitu Tamar bersama “datuk” (Long Mat Piah @ Kulup Mohamad Diah) yang diletakkan sebagai protagonis dan digerakkan oleh 410 orang watak sampingan. Protagonis digambarkan seorang supernatural memiliki ilmu batin berprestasi tinggi sehingga mampu menundukkan jin atau iblis. Boleh menyelam berjam-jam di sungai, mampu mengesan / membaca (ilmu firasat atau kasyaf) perkara ghaib, pendekar yang berkemahiran bersilat, boleh terbang dan melompat setinggi rumah, dapat berhubung dengan kawan menerusi angin (seolah-olah menggunakan telefon bimbit), kebal, menguasai binatang buas (harimau dan buaya) dan kenderaannya, harimau.
Watak antagonis ramai dan hanya mendominasi dalam lingkungan kisahnya sahaja. Watak antagonis yang menonjol dalam siri ke-43 hingga 45 ialah Saadun Juling, Dollah Beranggas (54-58), Daud (65-71), Kamal (67-71), Suhaimi Keraba (109-116) dan Minah Supandi (158-164). Ada di antara antagonis berubah menjadi baik atas kesedaran atau insaf setelah menerima nasihat dan didikan daripada protagonis seperti Saadun Juling, Dollah Beranggas dan Adi Kamarool.
Watak pembantu protagonis ialah Tamar yang berperanan menggerakkan dua watak sebagai pencerita dan pelaku. Pada peringkat awal siri, Tamar berfungsi sebagai pencerita sehingga siri ke-enam namun mulai siri ketujuh hingga 284, Tamar bertindak memegang kedua-dua watak itu.
Penggembaraan
Penggembaraan merupakan tema yang mendominasi SBDJ. Penggembaraan “datuk” dan Tamar merangkumi empat fasa iaitu Beruas dan sekitar meliputi 15 lokasi terangkum dalam 143 siri; semenanjung Malaysia (41 lokasi), Sumatera 13 lokasi dalam 136 siri manakala Betawi atau Jakarta sebanyak tujuh siri.
Plot SBDJ lurus dan tidak menggugah minda pembaca. Namun begitu disulami dan digabung-jalin dengan unsur-unsur novel seperti naratif mendatar, ketegangan (suspens), puncak (klimaks), dialog, teknik imbas kembali, latar tempat, latar waktu dan masa, serta kendur (peleraian) yang membentuk sesuatu cerita atau siri itu menjadi menarik dan tidak membosankan kerana pengarang bijak memasukkan perasaan pembaca ke dalam ceritanya, seolah-olah si pembaca turut sama berada di dalam cerita itu.
Hampir kesemua siri, plotnya sama, bermula dengan keluar rumah kembara menuju ke lokasi dan mengubat atau merawat pesakit di tempat yang dituju. Setelah berjaya dalam sesuatu operasi kemudian balik ke rumah semula. Walau bagaimanapun terdapat juga adegan kembara datuk dan Tamar tidak terus pulang ke rumah selepas habis operasi tetapi melencung ke lokasi lain seandainya ada permintaan sepontan yang memerlukan tenaga datuk dalam mengubat atau merawat pesakit baharu, contohnya pada siri ke-17 hingga siri ke-20).
Plot seperti di atas mendominasi SBDJ untuk melengkapkan siri penggembaraan “datuk” dan Tamar ke seluruh semenanjung Tanah Melayu. Jarang sekali Tamar Jalis menggunakan teknik sub-plot dalam SBDJ kerana hampir kesemua kisah adalah cerita benar yang pernah dilalui oleh “datuk” tetapi dianyam dengan imaginasi kreatif dan fotografik pengarang bagi “menyedap”kan cerita.
Kepincangan sosial yang melanda segelintir masyarakat Melayu ketika itu digambarkan oleh Tamar Jalis bukan hanya berlaku di Tanah Melayu tetapi juga di Sumatera. Akibat kurang mendalami ajaran Islam, mereka terpesong dari landasan ajaran agama yang sebenar lalu kehidupan mereka bergelumang dengan amalan kurafat seperti pukau, santau, susuk, sihir, saka, membela toyol, harimau jadi-jadian serta berkawan dengan jin, hantu dan syaitan.
“Datuk” dicipta khas oleh Tamar Jalis sebagai hero menghapuskan segala gejala anti-sosial itu supaya masyarakat Melayu kembali ke landasan ajaran Islam yang sebenarnya. Mesej utama SBDJ adalah membaiki sistem sosial dan segelintir masyarakat Melayu 1960-an serta menanamkan keyakinan jitu terhadap Islam sebagai ad-Din iaitu cara hidup atau the way of life bagi seseorang muslim itu.
Tema dan persoalan SBDJ dipaparkan sama ada secara eksplisit atau implisit dalam kebanyakan siri. Pembenterasan atau menghapuskan amalan kurafat dan ilmu hitam menjadi kegiatan utama penggembaraan datuk dan Tamar serta menyarankan petua, persilatan dan perubatan tradisional Melayu harus dipelihara.
Karya Kembara Sastera
Tamar Jalis pakar menceritakan sesuatu dengan terperinci. Dia mengolah sesuatu cerita itu dengan bahasa Melayu baku yang mudah difahami dan memikat serta mampu melukiskan setiap apa yang dilihat, apa yang didengar dan apa yang dirasanya dalam penulisan. Kekuatan inilah yang menyebabkan SBDJ menjadi tarikan pembaca meskipun terhenti siarannya di Variasari, ia masih diminati ramai dan mempunyai “peminat” tersendiri sehingga sekarang telah wujud facebook dan blog yang menggunakan nama Tamar Jalis dengan kendalian peminatnya.
Penulisan SBDJ tidak sekadar sebuah cerita tetapi sesuatu kisah itu diolah dengan memasukkan unsur instrinsik dalam penulisan novel di samping mengetengahkan unsur ekstrinsik seperti sejarah, situasi, lokasi, nilai-nilai moral, sosial dan budaya. Namun begitu, keindahan ini tenggelam kerana khalayak menjenamakan SBDJ sebagai kisah tahyul, seram mahupun cerita jin dan hantu kerana terpengaruh dengan tajuk siri, reka bentuk kulit buku dan ilustrasi yang mengiringi cerita.
SBDJ sebenarnya sebuah karya kreatif tersohor yang luar biasa. Mampu menyaingi Harry Potter oleh JK Rowling seandainya dialihbahasakan ke bahasa dunia. Ia bukan cerita seram yang bersandarkan kisah jin atau bunian semata-mata tetapi jika dihayati kesemua siri, berapa peratuskah alam bunian, jin, hantu dan jembalang yang dipaparkan? Justeru SBDJ wajar dinobatkan sebagai karya kembara sastera atau travellog literature berbanding novel seram atau horror literature.
Rujukan
Jess Nevins (2020). Horror Fiction in the 20th Century: Exploring Literature’s Most Chilling Genre. California: Praeger ABC –CLIO, LLC
Zabidin Haji Ismail dll (2016). Siri Bercakap Dengan Jin: Keunikan dan Kepakaran Melayu. Ipoh: Penerbit Kayacipta
Zabidin Haji Ismail (2019). Sebuah Memoir Bersama Penulis Siri Bercakap Dengan Jin: Tamar Jalis. Temoh, Perak: Penerbit Kayacipta
Temubual: Tamar Jalis (Mohd. Radzi Mahmud) pada 18 Mei 2011

(Sinar Ahad, 15 Ogos 2021)
Comments
Post a Comment