Posts

HSDR -Entiti Sastera Perak

HSDR  hasil  kependekan frasa Hadiah Sastera Darul Ridzuan   adalah   satu   entiti sastera dan persuratan negeri Perak.  Ia  berupa   anugerah dan hadiah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada para penulis kreatif yang lahir  atau  warganegara   yang  lama bermastautin di n egeri Perak  di samping menghasilkan karya sastera bermutu tinggi    serta telah memberikan sumbangan pemikiran dan kegiatan  bagi  memperkembangkan  susastera di negeri tersebut. HSDR terbahagi kepada dua komponen utama iaitu anugerah dan hadiah.  Anugerah adalah pemberian khas kepada seseorang penulis yang telah  berjasa dalam bidang sastera  serta berhasil menerbitkan karya bermutu tinggi. Bagi komponen hadiah  pula, karya  penulis  diadili  dan dipilih sebagai pemenang  kerana  karya tersebut  telah  mencapai tahap  tertinggi  mengikut  keputusa...

Bayangan Panglima Awang dalam Novel-novel Tanah Air

Enrique De Malacca atau Panglima Awang dikatakan manusia pertama mengelilingi dunia. Bayangan kehandalan beliau sebagai  tokoh pelayaran  berbangsa Melayu  ini acapkali dibukukan dan fakta berunsur fiksyen terangkum dalam lima buah novel Malaysia.   Kelima-lima buah novel berbahasa Melayu itu  ialah   Panglima Awang    karya Harun Aminurrashid  ( 1983:  Dewan Bahasa dan Pustaka, 201 halaman ), Enrique Mengundang Jauh   oleh HM Tuah Iskandar  ( 2003:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 467 halaman ), Aku Penyudah Tugas Kpt. F.Magellan dan Laksamana Hang Tuah    tulisan Zain alJohan  ( 2012:  Pekan Ilmu,  239 halaman ), Panglima Awang Penguasa Lima Lautan    karangan Rosli Mohd Sah  ( 2014:Yamani Angle Sdn Bhd 693 halaman ) dan Awang Kembara Mengelilingi Dunia   ciptaan Kamaludin Abdul Settar (2016: DBP, 217 halaman).     Fakta yang dikemukakan dalam novel-novel ...

SBDJ Setanding Harry Potter

            Siri B ercakap Dengan Jin (SBDJ) karya Tamar Jalis  mengikut  kluster sastera global menyebut sebagai horror literature   atau novel seram. Justeru dalam buku   Horror Fiction in the 20th Century: Exploring Literature’s Most Chilling Genre  karya Jess Nevins (2020: 213)  mengangkat Conversations with the Jinn   atau SBDJ sebagai novel seram kurun ke-20  di dunia  yang pernah  mencipta  fenomena pada era emasnya sebaris dengan   novel-novel seram  dari negara Asia seperti  Jepun, China dan Filipina.       Jess Nevins mengakui SBDJ sebuah karya tersohor  dan siri terpanjang dalam sejarah novel Melayu malah dunia. SBDJ  mengukir sejarah bersiaran dalam majalah Variasari  secara berterusan selama 23 tahun  lapan bulan (April 1981-Januari 2005) sebanyak 284 siri. Sejumlah 221 siri  diterbitkan dalam 16 buku saku. Men...

Karya Kembara Sastera

             Kembara   ialah satu perjalanan atau  mengembara pergi ke mana-mana.  Bertualang dan menjelajah   juga tergolong dalam pengertian kembara manakala sastera  pula adalah  manifestasi artistik yang   terasas  dalam  penggunaan kata pada bahasa tulisan atau  lisan . Justeru,  cantuman dua perkataan itu dengan sendirinya terbentuk  istilah “kembara sastera” yang pada perspektif umum membawa makna suatu bentuk penulisan kreatif yang terhasil daripada pengalaman nyata pengarang yang menjejaki, melihat, merenungi dan menghayati sesuatu destinasi.                Namun begitu, rumusan ringkas ini turut menimbulkan persoalan hiliran iaitu terdapatkah perbezaan antara bentuk penulisan sastera kembara dengan penulisan laporan pengembaraan? Bagi menghalusi aspek itu Kamus Dewan  (2005:731) menyatakan bahawa kembara ialah pergi ke mana-mana ...

Sastera Kembara dalam Karya Bukhari Lubis

K embara   ialah satu perjalanan atau  mengembara pergi ke mana-mana.  Bertualang dan menjelajah juga tergolong dalam pengertian kembara manakala sastera  pula adalah  manifestasi artistik yang terasas dalam  penggunaan kata pada bahasa tulisan atau  lisan . Justeru,  cantuman dua perkataan itu dengan sendirinya terbentuk  istilah “kembara sastera” yang pada perspektif umum membawa makna suatu bentuk penulisan kreatif yang terhasil daripada pengalaman nyata pengarang yang menjejaki, melihat, merenungi dan menghayati sesuatu destinasi.  Namun begitu, rumusan ringkas ini turut menimbulkan persoalan hiliran iaitu terdapatkah perbezaan antara bentuk penulisan sastera kembara dengan penulisan laporan pengembaraan?      Menurut Kamus Dewan  (2005:731),  pengertian kembara ialah pergi ke mana-mana dengan tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yang ditujui, disebut juga bertualang, menjelajah dan menge...