Posts

Showing posts from February, 2022

HSDR -Entiti Sastera Perak

HSDR  hasil  kependekan frasa Hadiah Sastera Darul Ridzuan   adalah   satu   entiti sastera dan persuratan negeri Perak.  Ia  berupa   anugerah dan hadiah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada para penulis kreatif yang lahir  atau  warganegara   yang  lama bermastautin di n egeri Perak  di samping menghasilkan karya sastera bermutu tinggi    serta telah memberikan sumbangan pemikiran dan kegiatan  bagi  memperkembangkan  susastera di negeri tersebut. HSDR terbahagi kepada dua komponen utama iaitu anugerah dan hadiah.  Anugerah adalah pemberian khas kepada seseorang penulis yang telah  berjasa dalam bidang sastera  serta berhasil menerbitkan karya bermutu tinggi. Bagi komponen hadiah  pula, karya  penulis  diadili  dan dipilih sebagai pemenang  kerana  karya tersebut  telah  mencapai tahap  tertinggi  mengikut  keputusa...